BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Bapa didakwa dera bayi berusia 2 bulan


KANGAR, 24 Jun (Bernama) -- Seorang bapa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendera anak kandungnya yang berusia dua bulan, 18 Jun lepas.

Tertuduh yang berusia 39 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu yang bekerja sebagai pesawah didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Pauh Indah, Arau pada 8.30 pagi, 18 Jun lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Izham Ali yang mengendalikan pendakwaan tidak menawarkan sebarang ikat jamin dengan alasan bimbang tertuduh akan mendera mangsa lagi.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, yang mewakili tertuduh, Nur Diyana Ab Shukor bagaimanapun memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin atas alasan tertuduh hanya berpendapatan RM300 sebulan dan mempunyai empat lagi anak termasuk yang masih bersekolah.

Ainul Shaharin kemudian membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Julai untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, media melaporkan mengenai penahanan seorang lelaki pada 18 Jun lalu selepas polis menerima laporan daripada seorang doktor di Klinik Kesihatan Arau berhubung kecederaan yang dialami seorang bayi termasuk di bahagian belakang kepala yang disyaki akibat didera.

-- BERNAMA

 



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »