BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Awas demam Denggi, Mawan

PAKAN, Khamis — Masyarakat Pakan harus bekerjasama dengan agensi kerajaan untuk menangani wabak Demam Denggi yang sedang melanda daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan Tan Sri William Mawan Ikom berkata, setakat ini, Daerah Pakan telah merekodkan sebanyak 23 kes Demam Denggi dan jumlah ini amatlah membimbangkan.

"Jangan kita hanya meletakkan tanggungjawab menjaga kesihatan dan kebersihan kita kepada agensi kerajaan sahaja namun sebaliknya, kita bersama-sama mengambil berat dan menjaga kebersihan persekitaran rumah atau rumah panjang kita."

Beliau menambah, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) digalakkan untuk mengeratkan kerjasama dikalangan rakyat dan menyelaraskan projek gotong royong untuk membersih persekitaran rumah kediaman mereka.

"Penyakit Demam Denggi ini berpunca daripada gigitan nyamuk Aedes dan jika persekitaran kita kurang bersih, ia akan mudah pembiakan nyamuk Aedes serta boleh memudaratkan kesihatan kita."

Tambahnya lagi, kita perlu membuang tempat air bertakung yang menjadi sarang nyamuk aedes ini membiak.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Pelancaran Program Kempen Kesedaran Denggi Daerah Pakan 2020 anjuran Pejabat Daerah Pakan bersama Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei dan Majlis Daerah Meradong Julau di bawah Jawatankuasa Wabak Denggi Daerah Pakan semalam. 

"Kita merasa bersyukur kerana masyarakat di Pakan bersetuju dengan tindakan Pejabat Kesihatan untuk mengadakan program seperti ini," tambahnya lagi.

Program tersebut yang berlangsung di Dewan Masyarakat Pakan telah dihadiri seramai 89 orang peserta yang terdiri daripada Pemanca, Penghulu dan Tuai Rumah dari Daerah Pakan. 

Program ini diadakan bertujuan untuk menanam kesedaran di kalangan masyarakat tentang usaha membersihkan persekitaran agar bebas ancaman nyamuk Aedes sebagai pembunuh senyap. 

Terdahulu, satu taklimat mengenai wabak denggi telah disampaikan oleh wakil dari Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei, Penolong Pegawai Kesihatan Benedict ak Jony.

Program tersebut merupakan tindakan proaktif kerjasama antara Pejabat Daerah Pakan, Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei dan Majlis Daerah Meradong Julau. 

Ianya diadakan agar memupuk kesedaran dalam bentuk pengetahuan am kepada masyarakat Pakan khasnya tentang bahaya wabak demam denggi.

Disamping itu, ianya juga menyampaikan maklumat dan informasi mengenai tanda-tanda awal wabak demam denggi dan cara-cara mengatasinya.



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »