BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

ATM dan CDM beroperasi 24 jam

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memutuskan operasi mesin ATM dan CDM beroperasi 24 jam di  seluruh Sarawak berkuatkuasa serta merta.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) Datuk Amar Douglas Uggah berkata, arahan tersebut bagi memudahkan masyarakat yang memerlukan khidmat tersebut.

Selain itu, pihaknya juga mengumumkan semua warganegara Malaysia dari luar negara termasuk yang  mempunyai penerbangan transit pada hari yang sama akan 
dikuarantin 14 hari di destinasi terakhir mereka tiba di Sarawak.

Kataya, ia termasuk mereka yang mempunyai penerbangan transit pada hari yang sama untuk mengambil ujian Covid-19 (PCR) pada hari kedua.

"Sekiranya memperoleh keputusan yang negatif, mereka digalak untuk menyambung baki kuarantin di rumah manakala ujian kedua akan diambil pada hari kesepuluh," katanya pada sidang media hari ini.

Uggaj berkata, terdapat beberapa Prosedur Operasi Standard (SOP) turut dikeluarkan oleh beberapa jabatan lain yang boleh dimuatkan turun di laman sesawang Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak di https://mlgh.sarawak.gov.my sebagai panduan.

Mengulas mengenai kemasukan warganegara Indonesia yang mempunyai permit kerja yang sah mereka turut diwajibkan menjalani proses kuarantin yang ditetapkan di bawah tanggungan majikan mereka.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »