BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Anwar hilang sokongan, Ahli Parlimen Dayak 'cabut lari'



Wartawan Gago Daily

PAKATAN Harapan yang diterajui PKR Sarawak seakan-akan karam hilang nakhoda pemimpin Dayak. 

Sebelum ini, PKR yang diperkuatkan beberapa pemimpin Ahli Parlimen di kalangan kaum Dayak yang menerajui parti berkenaan.

Bagaimanapun, selepas krisis PKR dan peralihan kuasa di Putrajaya, ramai pemimpin cabut lari meninggalkan parti diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kini, satu persatu Ahli Parlimen meninggalkan PKR Sarawak, sehingga menyebabkan pemimpin peringkat pusat pening kepala.

Ahli Parlimen Selangau Baru Bian sebelum ini mendapat gelaran "katak baik" sudah mengesahkan menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB)

Dua lagi orang kuat PKR sebelum itu iaitu Ahli Parlimen Saratok Ali Biju dan Willie Mongin Ahli Parlimen Puncak Borneo telah menjadi "Temakol Insaf" menyertai blok Bersatu pro Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. 

Pada malam ini, dikejutkan seorang Ahli Parlimen Lubok Antu, Tambat atau Jugah ak Muyang keluar daripada PKR kembali menjadi ahli parlimen Bebas pro Kerajaan. 

Untuk rekod, Jugah bukan sekadar macai tetapi adalah salah seorang Naib Presiden PKR menerusi lantikan.

Berita mengejutkan tersebut seakan-akan memberi tamparan buat gabungan PH Plus yang sedang bercita-cita menawan Putrajaya.

Persoalan sekarang adakah Anwar Ibrahim hilang sokongan di Sarawak? 

Adakah misi menawan Putrajaya mula goyah?

Adakah ia berpunca krisis Anwar - Tun Mahathir atau masalah dalaman PKR yang hilang hala tuju?

Jugah menyatakan pendirian menyokong penuh kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan kerajaan negeri Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Jugah berkata, keputusan itu dibuat setelah berbincang dengan penyokongnya untuk kebaikan pembangunan Lubok Antu.

"Saya berikrar menyokong penuh kerajaan PN yang diketuai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, kerajaan negeri Sarawak pimpinan GPS diketuai Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Johari Abang Openg, demi kesejahteraan dan pembangunan kepada rakyat di Lubok Antu," katanya hari ini.

Jelas beliau, pada PRU-14, beliau bertanding sebagai calon bebas dan menang atas mandat rakyat.

Katanya, selepas kemenangan itu, beliau membuat keputusan menyertai PKR sebagai salah satu parti yang membentuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu, bagi menyusul penyokongnya yang menyertai PKR lebih awal.

"Kawasan Parlimen saya merupakan kawasan luar bandar dan memerlukan bantuan serta sokongan kerajaan untuk pembangunan.

"Saya kesal apabila berlaku masalah dalaman di antara parti dalam kerajaan PH dan perdana menteri ketika itu meletakkan jawatan mengakibatkan kerajaan PH tumbang," katanya.

Sesungguhnya tindakan Jugah meninggalkan PKR memberi tamparan hebat buat PKR Sarawak yang dipimpin oleh Larry Sng yang juga Ahli Parlimen Julau. - Gago Daily

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »