BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Anggota tentera maut digilis lori di Lebuhraya KESAS

 
KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) -- Seorang anggota tentera yang menunggang motosikal maut selepas digilis lori dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di kilometer 44.1 Lebuhraya Shah Alam (KESAS), di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Omar Abd Rahman berusia 39 tahun.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.58 pagi tadi sebelum sepasukan enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Kemalangan melibatkan lima kenderaan iaitu tiga lori, sebuah kereta dan sebuah motosikal manakala mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Mayat mangsa yang berada di bawah lori kemudiannya telah dikeluarkan pihak bomba untuk diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya kepada Bernama hari ini.
-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »