BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Anggota Penguatkuasa Maritim maut kemalangan

BINTULU: Anggota Agensi Penguatkuasa Maritim Cawangan Bintulu maut setelah motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda(4WD) di lampu isyarat hadapan Paragon, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.20 petang itu, mangsa, Kavin Raj a/l Multy, 23, maut serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala dan anggota badan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Supt Alexson Naga Chabu berkata, mangsa menunggang motosikal sedang bergerak lurus telah dilanggar kenderaan tersebut yang datang dari arah sebelah kanan dan melanggar motosikal berkenaan.

"Kemalangan berlaku di lampu Isyarat Paragon yang menyebabkan mangsa tercampak dan terkena tiang lampu Isyarat sebelah jalan serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak ambulans," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Tambahnya, pemandu kenderaan tersebut bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jelasnya lagi, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »