BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

AJK PKR Saratok keluar parti, cela Anwar Ibrahim

KUCHING, 22 Jun: Ahli Jawatankuasa (AJK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Saratok telah mengumumkan mereka meletak jawatan dan keluar dari parti itu serta-merta hari ini.

Dalam kenyataan ahli terbabit disiarkan dalam laman Facebook, Ahli Parlimen Saratok, Ali Biju, mereka mengumumkan perkara itu kerana hilang kepercayaan kepada Presiden PKR kerana melihat bahawa kini parti itu seolah tiada hala tuju dan sekadar untuk memenuhi impian peribadi Presiden parti untuk menjadi Perdana Menteri sahaja.

"Dengan ini, kami telah mencapai kata sepakat untuk meletakkan jawatan dan mengistiharkan keluar daripada parti berkuatkuasa serta-merta,"menurut kenyataan itu.

Selain itu mereka juga sebulat suara memberi sokongan penuh terhadap kepimpinan Ali Biju sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian dan Ahli Parlimen Saratok. 

"Sokongan kami selama ini terhadap Ali Biju adalah di atas kapasiti peribadi beliau dan bukannya parti,"menurut mereka.

Di samping itu, mereka juga percaya bahawa Ali Biju di atas kapasitinya sebagai Timbalan Menteri Tenaga Dan Sumber Asli sekarang dapat membawa lebih banyak pembangunan di kawasan mereka demi kepentingan rakyat.


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »