BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

AJK masjid pastikan SOP dipatuhi - PDRM


KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Polis meminta ahli jawatankuasa (AJK) masjid memainkan peranan memastikan setiap jemaah yang hadir untuk menunaikan solat fardu berjemaah atau solat Jumaat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). 

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Datuk Zainal Abidin Kasim berkata antara lain mereka perlu memastikan amalan jarakan sosial dan pemakaian pelitup separuh muka oleh jemaah.

 “AJK masjid memainkan peranan penting dalam usaha memastikan rantaian COVID-19 berjaya diputuskan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Zainal Abidin berkata tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang solat Jumaat pertama bagi tempoh PKPP hari ini.

“Terdapat juga kejadian jemaah yang tiada dalam senarai hadir untuk bersolat tetapi telah diterangkan dengan baik oleh AJK masjid. Mereka akur dan beredar meninggalkan perkarangan masjid,” katanya.

Semalam, kerajaan membenarkan semua masjid, surau Jumaat dan surau berstatus zon hijau melaksanakan solat Jumaat dan solat fardu berjemaah ketika tempoh PKPP dengan jumlah jemaah satu pertiga daripada kapasiti penuh.
-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »