BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

8,390 bayi terima EFS tahun ini

KUCHING: Sarawak mencatatkan sebanyak 10,231 kelahiran yang mana 9,630 orang merupakan bayi berstatus “Ksetakat 31 Mei lalu.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Sarawak Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah berkata, daripada jumlah ini 8,828 orang (92%) telah mendaftar bagi Endowment Fund Sarawak (EFS) dan kementerian telah membuat pembayaran kepada 8,390 orang (95%).

Katanya, sebanyak RM40 juta telah diperuntukkan pada tahun lalu dan sebanyak RM30 juta untuk tahun ini.

"Kalau dilihat perbandingan dalam tempoh yang sama pada tahun lepas, sebanyak 58% pendaftaran telah dibuat setakat 31 Mei 2019, manakala setakat 31 Mei 2020, pendaftaran EFS telah mencecah 92%," katanya pada sidang media selepas penyampaian Endowment Fund Sarawak (EFS) dan Bantyuan Ibu Bersalin (BIB) hari ini.

Beliau berkata, Ketua Menteri  telah mengumumkan pemberian Endowment Fund Sarawak (EFS) sebanyak RM1,000 kepada setiap kelahiran anak Sarawak, bermula tahun 2019.

Menurutnya, EFS hanya boleh dikeluarkan apabila anak tersebut mencapai 18 tahun sebagai usaha untuk membiayai persiapan awal kemasukan anak-anak ke Institusi Pengajian Tinggi atau sebagai Capital Grant untuk memulakan kerjaya.

Beliau berkata, kerajaan juga memberi  Bantuan Ibu Bersalin (BIB) berjumlah RM450 bagi setiap ibu yang melahirkan anak bermula 1 Januari 2020.

Menurutnya, tujuan bantuan ini adalah bagi membantu keperluan ibu selepas melahirkan anak seperti pemakanan, penjagaan diri semasa berpantang dan sebagainya. Bantuan ini terus dibayar ke akaun ibu yang layak, setelah kelahiran anak. 

"Sejumlah 5,221 permohonan yang layak dan telah bersalin, kementerian telah membuat pembayaran kepada 2,650 orang pemohon (51%) dan bakinya masih dalam proses pembayaran di peringkat Kementerian.

"Jumlah peruntukan yang diluluskan pada tahun 2020 bagi tujuan ini ialah sebanyak RM18 juta," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »