BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

485 pelajar terkandas dihantar pulang


KUCHING: Seramai 485 pelajar yang terkandas di Kuala Lumpur dan Sabah dihantar pulang pagi tadi.

Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, penghantaran pelajar Sarawak berjaya dilaksanakan menerusi tiga penerbangan sewa khas terakhir.

"Terima kasih saya ucapkan kepada Perdana Menteri Malaysia, Ketua Menteri Sarawak, pihak Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Malaysia Airlines, Bahagian HEP IPTA/IPTS, PDRM, MAHB, Sarawak State Disaster Management Committee (SDMC), para petugas barisan hadapan serta semua yang terlibat dalam memastikan kelancaran perjalanan para pelajar," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Seramai 7,000 anak Sarawak yang belajar di Semenanjung dan terkandas sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan 18 Mac lalu.

Kumpulan pertama pelajar yang dihantar pulang ialah seramai 287 pelajar yang dihantar pulang pada 1 Mei lalu.

Fadilla berkata, Sekretariat Rumah Sarawak & Sarawak Volunteers masih lagi beroperasi bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan. 

"Kepada semua sekali lagi saya mewakili Pejabat Perhubungan Sarawak Kuala Lumpur dan Sarawak Volunteers mengucapkan jutaan terima kasih dan semoga segala jasa baik anda semua diberikan ganjaran berlipat ganda," katanya.

Mereka yang memerlukan bantuan boleh menghubungi  Dayang (019-3882984), Sakinah (012-4629293), Nazmi (013-5717130) dan Aishah (010-5384707).

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »