BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

44 saman dikeluarkan Ops Kenderaan Perdagangan

BAU: Sebanyak 44 saman dikeluarkan ke atas pesalah trafik bagi pelbagai kesalahan dalam Operasi Kenderaan Perdagangan IPD Bau semalam.

Ketua Polis Daerah Bau (KPD) DSP Poge Nyaon berkata, Operasi Kenderaan Perdagangan dijalankan bertujuan bagi mengesan pemandu-pemandu lori yang membawa muatan batu dari kuari batu di Daerah Bau yang membawa muatan merbahaya dan melebihi daripada had yang telah dibenarkan.

"Sebanyak 107 kenderaan diperiksa sepanjang operasi tersebut. Manakala 44 sama dikeluarkan iaitu lori (32 saman), kereta (3), motosikal (7), pick up (1), van (1)," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, tiada sebarang tangkapan dilakukan sepanjang operasi tersebut.

Menurutnya, operasi dijalankan oleh Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Bau akan dijalankan secara berterusan bagi memastikan pengguna jalan raya yang melalui laluan Bau Kuching terutamanya dalam keadaan selamat dan mengurangkan kesesakan jalan raya bagi menghubungi Daerah Bau dan Daerah yg berdekatan.

Beliau menasihatkan, pengguna jalan raya sentiasa mematuhi keselamatan dan peraturan peraturan jalan raya semasa memandu.

"Kerjasama daripada Agensi Penguatkuasa yang lain sangatlah di alu-alukan bagi bersama-sama memastikan pengguna jalan raya mematuhi Peraturan Jalanraya di Musim PKPP ini," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »