BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

4 kes positif, dua melarikan diri


KUCHING - Sarawak hari ini merekodkan empat (4) kes positif COVID-19. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam kenyataan berkata esemuanya adalah di Daerah Kuching yang melibatkan dua (2) orang warganegara dan dua (2) orang bukan warganegara. 

Pengesanan kes adalah melalui saringan kesihatan di sebuah hospital swasta di Kuching. 

Pengesanan kontak kepada kes dan punca jangkitan masih dalam siasatan oleh Jabatan Kesihatan  Negeri Sarawak. 

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak setakat hari ini adalah seramai 565 kes.

Kes warganegara pertama merupakan seorang lelaki berumur 33 tahun yang
bekerja di sebuah syarikat pengurusan acara swasta. 

Kes membuat saringan ujian COVID-19 kerana ingin mengetahui status jangkitan sendiri.

Pengesanan kontak kepada kes dan punca jangkitan masih dalam siasatan

Kes warganegara kedua merupakan seorang surirumah berumur 71 tahun.

Kes menjalani ujian COVID-19 sebagai saringan sebelum pembedahan mata. 
Pengesanan kontak kepada kes dan punca jangkitan juga dalam siasatan. 

Dua orang kes bukan warganegara adalah berasal dari Indonesia yang telah membuat ujian COVID-19 sebagai saringan bagi permohonan permit kerja
mereka. 

Semasa pengesanan kontak dan siasatan untuk mencari punca jangkitan sedang dijalankan, dukacita dimaklumkan bahawa kedua-dua  mereka telah melarikan diri sehingga kenyataan ini dikeluarkan dan belum  dijumpai.

Kepada pihak majikan supaya berwaspada dan membuat laporan kepada pihak Polis sekiranya mendapati dua orang pekerja (dari luar) cuba menyembunyikan diri di tempat mereka.

Selepas beberapa kes positif COVID-19 dikesan dikalangan pekerja asing
beberapa hari yang lepas, kita menasihati kepada semua majikan untuk membuat saringan kepada semua pekerja-pekerja mereka, khususnya pekerja asing.

Dimaklumkan juga bahawa tiada kes baru yang telah sembuh dan discaj dari hospital pada hari ini. 

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes postif COVID-19 yang telah sembuh dan discaj setakat hari ini adalah kekal seramai 534 orang atau 94.51% dengan seramai 12 orang masih menerima
rawatan di hospital; di dalam wad isolasi dan jumlah kematian kekal seramai
17 orang.

Seramai 48 PUI baru dilaporkan dan 8 kes masih menunggu ujian makmal.





Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »