BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

339 kontak terdekat pesakit di Belawai negatif ujian Covid-19

KUCHING: Sarawak merekodkan tiada kes baharu positif COVID-19 dilaporkan hari ini. 

Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi JPBN Datuk Douglas Uggah berkata, keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak setakat hari ini kekal sebanyak 552 kes.

"Dimaklumkan juga bahawa satu (1) kes baru yang telah sembuh dan
discaj dari hospital dilaporkan pada hari ini.

"Satu kes tersebut ialah dari Hospital Umum Sarawak," katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata, setakat hari ini, jumlah keseluruhan kes postif COVID-19
yang telah sembuh dan discaj adalah seramai 520 orang atau 94.20%.

Menurutnya, seramai 14 PUI baru dilaporkan dan seramai 6 kes masih menunggu ujian
makmal.

"Perkembangan keputusan Aktiviti Pengesanan Secara Aktif (ACD) di Belawai,
Tanjung Manis menunjukkan bahawa semua 339 sampel yang telah
diambil adalah negatif," katanya.

Sehingga hari ini, sejumlah 45,710 Home Surveillance Order (Quarantine
Order) telah dikeluarkan dan sebanyak 35,640 telah tamat menjalani
Home Quarantine (Release Order).

Katanya, seramai 10,070 Home Surveillance yang masih aktif.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »