BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

3,313 kawasan perumahan, premis diperiksa


KUCHING: Sebanyak 3,313 kawasan perumahan serta premis di seluruh Sarawak diperiksa polis dalam tempoh 24 jam bermula semalam.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, ia sebagai memastikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Standard Operasi Prosuder (SOP) perayaan Hari Gawai Dayak dipatuhi.

Bagaimanpun katanya, tiada tangkapan dan kompaun dikenakan terhadap mana-mana individu yang melanggar peraturan dalam tempoh tersebut.

"Selain itum 71,043 kenderaan turut diperiksa. Setakat ini tiada kes tangkapan serta kompaun dikeluarkan terhadap mana-mana individu yang cuba merentas daerah tanpa kebenaran," katanya dalam kenyatan hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 50 Sekatan Jalan Raya (SJR) dilakukan di seluruh negeri dengan kekuatan anggota seramai 843 yang ditugaskan beskerja pada Hari Gawai.

"Selain itu, seramai 108 lagi anggota terlibat dalam operasi sebagai pasukan khas untuk melakukan pemantauan di kawasan ditetapkan seluruh negeri," katanya.



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »