BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

3 kaki pecah rumah warga Indonesia ditangkap

BAU: Tiga lelaki warganegara Indonesia ditangkap kerana disyaki melakukan aktiviti pecah rumah dan melanggar Akta Imigresen.

Ketiga-tiga mereka berusia 18 hingga 23 tahun ditahan Bahagian Siasatan Jenayah (CID),Ibu Pejabat Daerah (IPD) Bau dalam OPS Benteng Covid-19 bertempat di kawasan kaki bukit gunung tabai Krokong, di sini, jam 4.10 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bau,Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata,ketiga-tiga mereka berada dalam keadaan mencurigakan.

"Ketika diperiksa mereka gagal memberi keterangan munasabah,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,berdasarkan semakan ketiga-tiga mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

"Bagi kesalahan Seksyen 457 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman lima tahun penjara dan denda.

"Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman denda RM10,000 atau 10 tahun penjara kerana melanggar Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,"tegasnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »