BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

27 premis judi dipotong bekalan elektrik sejak Januari lepas


ALOR SETAR, 14 Jun (Bernama) -- Pihak polis mengambil langkah drastik mengarahkan pemotongan bekalan elektrik di 27 premis rumah kediaman dan kedai di sekitar Daerah Kota Setar dari Januari hingga kini, selepas didapati menjalankan aktiviti perjudian secara haram.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar Supt Mohd Redzuan Salleh berkata operasi bersepadu Op Dadu itu dijalankan anggota Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar bersama kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Premis-premis ini diambil tindakan pemotongan bekalan elektrik mengikut peruntukan Seksyen 21A (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. Kita banyak menyerbu rumah kediaman, kedai dan premis lain kerana mereka sering mengubah modus operandi untuk menjalankan kegiatan perjudian bagi mengaburi pihak berkuasa," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu, Mohd Redzuan berkata pihak polis bersama kakitangan TNB telah menjalankan operasi pemotongan elektrik selama tiga jam bermula 11 pagi tadi di enam rumah kediaman dan premis kedai sekitar Daerah Kota Setar, hari ini.

"Kita akan jalankan operasi ini secara berterusan bagi mengesan premis lain yang menjalankan kegiatan sama dan saya minta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk salurkan kepada pihak polis," katanya.
-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »