BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

2,246 premis dipantau, tiada kes positif hari ini


KUCHING: Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Douglas Uggah berkata, sebanyak 2,246 premis telah dipantau  untuk pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri, ia terdiri daripada pasaraya (367), restoran (500), kilang (13), bank (183), pejabat kerajaan (59), penjaja (37), pasar tani/awam (115), tempat ibadah (125), tempat riadah (60), tapak pembinaan (23) dan lain-lain (764).

"Seramai 667 pasukan pematuhan PKPP yang terdiri daripada polis (330), tentera (50), Rela (139), Angkatan Pertahanan Awam (92), pihak berkuasa tempatan (52) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (4)," katanya dalam kenyataan media.

Uggah berkata, Sarawak merekodkan tiada kes positif Covid-19 dilaporkan hari ini.

Menurutnya, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Sarawak setakat hari ini kekal sebanyak 569 kes.

Katanya, tiada kes baharu yang telah sembuh dan discaj daripada hospital hari ini. 

"Jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 yang telah sembuh dan discaj kekal sebanyak 535 orang atau 94.02 peratus.

"Sebanyak 17 orang masih menerima rawatan di dalam wad isolasi hospital," katanya.

Beliau menambah jumlah kematian kekal seramai 17 orang.

Katanya, sebanyak 27 individu dalam siasatan (PUI) baharu dilaporkan dan dan kes masih menunggu ujian makmal.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »