BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

13 tahun terlantar lumpuh



KOTA SAMARAHAN: Veteran Angkatan Tentera Malaysia(ATM), Prebet Hamzah Acheh kini terlantar lumpuh selepas terlibat dalam kemalangan semasa Ops Kalabakan, Sabah, 13 tahun yang lalu.

Penderitaan Hamzah mendapat perhatian Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain yang meluangkan masa melawatnya di kediamannya Kampung Pangkalan Kuap, Jalan Dato' Mohd Musa, di sini.

Zamrose turut menyampaikan bekalan keperluan asas, lampin pakai buang serta susu tepung.

"Bantuan ini sekurang-kurang dapat membantu meringankan beban ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini memasuki Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan," katanya.

Beliau turut menyampaikan Bantuan Peralatan Pesakit iaitu katil, tilam dan kerusi roda yang telah disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM Sarawak untuk Hamzah.

Turut mengiringi Panglima Medan Timur TD pada lawatan itu ialah Pengarah JHEV ATM Sarawak,Mejar Pahot anak Joll
Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »