BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

12 jam dikepung, suspek tetak remaja di Saratok akhirnya ditangkap


SARATOK: Selepas 12 jam dikepung,lelaki di bawah pengaruh dadah yang bertindak agresif menetak seorang remaja dengan parang sehingga cedera parah di bahagian peha, lengan dan belakang kepala di Kampung Hilir, Kaba, di sini, petang semalam akhirnya ditangkap.

Suspek berusia 35 tahun itu bertindak melarikan diri di bahagian bumbung rumah selepas menetak remaja terbabit jam 4.52 petang ditangkap jam 4.40 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintendan Polis Mordani Tanin berkata, pihak polis terpaksa memohon khidmat pihak Bomba dan Penyelamat Saratok bagi  menurunkan suspek dari atas bumbung rumah.

"Setelah dikejar penduduk kampung suspek telah lari ke rumahnya untuk berlindung lalu memanjat ke bahagian bumbung rumahnya melalui siling dari dalam rumah dan membawa bersama parang yang digunakan untuk menetak mangsa dan sebilah kapak. 

"Pelbagai cara dilakukan bagi memujuk suspek untuk turun dari bumbung namun tidak berjaya,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pada jam 11.30 malam suspek
 turun dan masuk ke dalam rumahnya melalui siling dan terus bersembunyi ke dalam biliknya di tingkat atas. 

"Pihak polis mengatur strategi untuk memujuk serta menangkap mangsa dari dalam rumahnya. 

"Pada jam 3 pagi pihak polis hadir dengan membawa perisai untuk naik ke bilik terbabit,"katanya.

Beliau berkata,sejurus itu suspek telah didapati terjun dari tingkat atas dan lari ke kawasan semak. 

"Dengan dibantu oleh penduduk kampung suspek berjaya ditangkap dalam semak yang berada kira-kira 70 meter dari kawasan rumahnya dan ditangkap pihak polis jam 4.40 pagi.

"Remaja berusia 14 tahun dari kampung  yang sama ditetak suspek telah dihantar ke hospital Sarikei untuk mendapat rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil,"katanya.

Mordani berkata, kes disiasat di bawah Seksyem 326 Kanun Keseksaan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »