BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

1,138 pekebun kecil koko di Sarawak

KOTA SAMARAHAN: Seramai 1,138 orang pekebun kecil koko di Sarawak dengan keluasan tanaman 860 hektar setakat ini.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Willie Mongin berkata, Kompleks SARA Cocoa Cluster di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Koko, Lembaga Koko Malaysia (LKM) merupakan usaha meningkatkan lagi tanaman komoditi koko di negeri ini.

"Kompleks ini sedang dalam pembinaan, dijangka siap Oktober ini dan akan memulakan operasi penghujung tahun ini,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media selepas melakukan lawatan kerja bagi meninjau kemajuan pembangunan industri koko di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Koko, Lembaga Koko Malaysia(LKM)
di sini hari ini.

Katanya, SARA Cocoa Cluster merupakan penanaman koko yang tertumpu di Sebuyau, Asajaya, Kota Samarahan dan Padawan.

"SARA Cocoa Cluster itu dicadangkan diperluaskan lagi hingga merangkumi kawasan Tebedu dan Serian,"ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Puncak Borneo berkata, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM 2.69 juta di bawah pakej ransangan Program Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Pre Prihatin) 2020 bagi membantu pekebun koko yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19 bagi tujuan penyelenggaraan kebun.

"Sejumlah 4,943 pekebun kecil koko yang layak di seluruh negara mendapat manfaat daripada pakej itu membabitkan keluasan 3,895 hektar kebun koko,"jelasnya.

Katanya,program pembangunan Rantaian Cocoa Cluster merupakan perubahan di peringkat huluan yang dirangka Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) dan dilaksanakan mengikut konsep Farm to Table.

"Melalui perlaksanaan program ini, pengeluaran biji koko dan pendapatan pengusaha-pengusaha koko serta komuniti setempat dapat ditingkatkan, pekebun kecil koko pula diberi bantuan subsidi bagi tanaman baru yang berpotensi untuk dimajukan,"katanya.

Menurutnya lagi, bantuan turut diberikan kepada pekebun kecil yang hendak meluaskan kebun atau menggantikan kebun yang tidak lagi ekonomik untuk diselenggarakan.

"Sebanyak RM 12.8 juta telah diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11(RM Ke-11) bagi tujuan ini,"katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »