BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

10 ditangkap, satu kompaun dikeluarkan


KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak merekodkan sebanyak 10 tangkapan dan satu kompaun harian telah dikeluarkan kerana cuba untuk merentas Daerah pada hari ini.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Douglas Uggah berkata, sebanyak 6,634 jumlah permohonan pergerakan antara
Daerah telah diterima oleh 28 buah Ibu Pejabat Daerah PDRM seluruh
Sarawak menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 102,359 permohonan.

"Daripada jumlah kumulatif tersebut, sebanyak 93,662 telah diluluskan, dan 8,697 ditolak," katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata, pasukan pematuhan telah memantau sebanyak 1,813 lokasi iaitu Pasaraya (223), Restoran (302), Kilang (22), Bank (158), Pejabat Kerajaan (94), Penjaja (7), Pasar Tani / Awam (111), Tempat Ibadah (91), Tempat Riadah
(44), Tapak Pembinaan (24) dan lain-lain (737).

Menurutnya, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak sehingga hari ini telah menerima 23,321 notifikasi perniagaan dan industri.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »