BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Warga UNIMAS mula bertugas secara giliran

KOTA SAMARAHAN:Selepas lebih sebulan bekerja dari rumah ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac lepas dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19,kakitangan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) memulakan tugas di pejabat dan fakulti masing-masing hari ini.

Menerusi kenyataan rasmi UNIMAS hari ini, kakitangan yang turun ke pejabat adalah mengikut sistem giliran bertugas. 

"Kakitangan yang tidak turun ke pejabat masih diwajibkan bekerja dari rumah bagi tempoh dua minggu ini.

"UNIMAS turut mewajibkan semua kakitangan untuk terlebih dahulu mengisi borang COVID-19 Self Risk Assessment satu hari sebelum turun ke pejabat dan seterusnya menjalani saringan kesihatan di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR PUTRA), UNIMAS, pada hari berikutnya,"katanya.

Katanya,UNIMAS tidak membenarkan kakitangan yang berstatus Person Under Investigation (PUI) dan staf yang diberi arahan kuarantin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia/Sarawak Disaster Management Committee untuk hadir ke pejabat.
"Walau bagaimanapun, mereka tetap perlu melaksanakan tugas dari rumah.

"Kakitangan yang bekerja dari rumah akan merekod kehadiran masing-masing menggunakan aplikasi UNIMAS WeCare pada hari bekerja,"ujarnya.

Dalam pada itu, kebanyakan kakitangan yang memulakan tugas mengambil inisiatif bersama dengan melakukan kerja-kerja pembersihan, disinfeksi dan penyusunan di pejabat masing-masing.

Kakitangan UNIMAS turut mengedarkan penutup mulut dan hidung serta cecair pembasmi kuman di setiap pejabat dan fakulti di UNIMAS.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »