BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Warga emas maut,motosikal jatuh parit


SIBU: Seorang warga emas lelaki maut setelah motosikal ditunggang hilang kawalan lalu terjun ke dalam parit di Lorong Kemuyang Timur,di sini,pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu  jam 8.57 pagi.

"Orang awam memaklumkan menjumpai mangsa berusia 62 tahun dari Batu 24
Jalan Oya, kemalangan berada di bawah motosikal dalam longkang.

"Hasil temubual beberapa saksi, mangsa dipercayai terlibat kemalangan kendiri dan dipercayai telah berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu,"katanya di sini hari ini.

Katanya,pasukan Bomba membantu mengeluarkan mangsa dan motosikal dari dalam longkang sebelum menyerahkan kepada pihak polis. 

Mangsa dibawa ke hospital untuk tindakan selanjutnya oleh pihak polis.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »