BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Warga emas dikhuatiri hilang di Long Lama

MARUDI:Seorang warga emas dikhuatiri hilang selepas tidak balik ke rumah sejak Rabu lalu.

Mangsa yang hilang dikenali Sigau Anyi,73, dari Long Moh,Long Lama, di sini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 12.02 tengah hari Jumaat.

"Pasukan Bomba Marudi bergerak ke lokasi menaiki kenderaan pacuan empat roda(4WD).

"Perjalanan ke lokasi mengambil masa 8 hingga 10 jam bergantung kepada keadaan cuaca sepanjang perjalanan,"katanya di sini hari ini.

Katanya, kesemua yang terlibat operasi akan bermalam di lokasi kejadian sehingga operasi mencari dan menyelamat(SAR) ditamatkan.

"Dalam operasi SAR hari kedua hari ini,
pasukan mencari mangsa yang hilang di mula pada jam 7 pagi di ketuai oleh PBK II KUP John Anyie bersama dengan tiga orang anggota dan penduduk kampung,"ujarnya.

Katanya,radius pencarian antara dua hingga tiga kilometer sekitar tempat kejadian.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »