BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Wanita trauma selepas terbabit kemalangan di Lorong Haji Babel

KUCHING: Seorang penumpang wanita cedera setelah tersepit dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di hadapan Lorong Haji Babel,Jalan Semariang menuju ke Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) pagi tadi.

Mangsa yang cedera dikenali Hamsiah Baini,58, manakala kedua-dua pemandu kereta Perodua Kancil dan pemandu Perodua Myvi tidak mengalami sebarang kecederaan.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 8.30 pagi dan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Petra Jaya ke lokasi kejadian. 

"Kemalangan dipercayai berpunca daripada kereta Produa Myvi yang dipandu seorang pemandu ke arah Semariang telah terbabas serta tersasar menuju ke arah bertentangan jalan dan melanggar Produa Kancil yang melalui ke arah bandar Kuching.

"Kemalangan tersebut menyebabkan seorang mangsa tersepit, iaitu penumpang kereta Produa Kancil yang berada di bahagian penumpang hadapan,"katanya di sini hari ini.

Katanya,pasukan Bomba bertindak mengeluarkan mangsa tersebut dan membuat penstabilan serta pemeriksaan awal terhadap mangsa yang mana mangsa mengalami keadaan trauma dan dalam keadaan sedar semasa dikeluarkan. 

"Mangsa seterusnya dihantar ke hospital menaiki jentera ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) untuk tindakan lanjut,"ujarnya.

Katanya, pasukan Bomba seterusnya membuat pemeriksaan di lokasi dan membuat penyiraman membersih kawasan kemalangan bagi memastikan tiada kemerbahayaan dan memastikan keadaan selamat.


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »