BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Veteran dan balu ATM dibantu

KUCHING: Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM Cawangan Negeri Sarawak mengadakan Program Penyerahan Bantuan Tambahan kepada Veteran atau Balu ATM Negeri Sarawak bagi meringankan beban yang mereka pikul sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) COVID-19.

Jurucakapnya dalam satu kenyataan hari ini berkata, seramai 178 penerima telah disenaraikan layak menerima bantuan tambahan itu di seluruh Sarawak.

 “Peruntukan diperoleh melalui sumber kewangan daripada kerajaan negeri sebelum ini,” katanya.

Progran penyampaian  di Kuching, Miri, Sibu, Limbang dan Lawas telah diadakan pada 1 Mei, Lundu(2 Mei), Bau(4 Mei), Serian (5 Mei) dan Kota Samarahan(6 Mei).

Beliau berkata,data dan maklumat diperoleh dengan kerjasama Persatuan-Persatuan Veteran ATM yang terdapat di negeri ini.

 “Berikutan penularan COVID-19 dan PKP yang sedang dilaksanakan sekarang ini, sudah tentu ramai di kalangan veteran terutama Veteran Kurang Upaya (VKU) dan Orang Kurang Upaya (OKU) serta Balu-Balu Veteran turut terkesan dan memerlukan bahan makanan,"ujarnya.

 

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »