BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

UNIMAS benarkan ibu bapa ambil anak secara pandu lalu

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) membenarkan pergerakan ibu bapa untuk menjemput sendiri anak yang terkandas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari kampus universiti untuk kembali ke kediaman masing-masing hari ini, namun dengan pergerakan yang terbatas.

Menurut kenyataan rasmi UNIMAS,
ibu bapa yang dibenarkan mengambil sendiri penuntut hanya terbatas untuk penuntut yang telah menerima borang kebenaran Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan diluluskan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sahaja terutama penuntut yang menetap di bahagian Kuching, Samarahan dan Serian.

"Ibu bapa juga akan melalui pemeriksaan suhu badan di hadapan pintu masuk keselamatan UNIMAS.

"Mereka hanya dibenarkan menunggu di dalam kenderaan sendiri sebelum mengambil pelajar dengan menggunakan kaedah pandu lalu sahaja," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,jumlah penuntut yang diambil oleh ibu bapa sendiri pada hari ini adalah seramai 73 orang. 

"Jumlah penuntut yang pulang menggunakan kenderaan sendiri ialah seramai 44 orang.

"Selain itu, pergerakan penghantaran pulang besar-besaran melibatkan 13 buah bas juga telah dilakukan hari ini melibatkan 216 orang pelajar IPT Zon Sarawak bermula dari DeTAR PUTRA, UNIMAS,"katanya.

Katanya,bas-bas terbabit menuju ke sebelas destinasi iaitu ke Sri Aman (9 orang), Dalat, Mukah, Matu / Daro (46), Tatau, Bintulu, Bekenu, Baram, Belaga (74) dan Miri (87).

"Penuntut dibenarkan pulang menggunakan pengangkutan yang disediakan oleh UNIMAS atau diambil oleh ibu bapa masing-masing.

 "Bagaimanapun mereka akan menjalani saringan kesihatan terlebih dahulu dan diberikan SMA Tracing Tag ( Wristband)," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »