BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Uggah sanggah tuduhan tiada ujian di Sarawak

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Douglas Uggas Embas menafikan dakwaan ketiadaan kes positif adalah disebabkan oleh tiada ujian dilakukan ke atas orang yang disyaki (PUI).

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, seramai 19 orang yang disyaki (PUI) baharu dilaporkan hari ini dan 19 kes masih menunggu keputusan ujian makmal.

"Kami telah membuat 33,459 saringan di Sarawak, tetapi ada tuduhan kita dapat kosong kes kerana tidak membuat ujian. Ini adalah pembohongan," katanya pada sidang media harian hari ini.

Uggah berkata, Sarawak mencatatkan tiada kes positif COVID-19 lima hari berturut-turut sekali gus kes kekal 544 keseluruhan setakat ini

Tegasnya, secara keseluruhan kejayaan yang dikecapi adalah hasil daripada pematuhan semua rakyat Sarawak serta kerjasama semua pihak dalam mengekang COVID-19.

Sementara, beliau berkata Sarawak turut merekodkan empat kes baharu telah sembuh dan discaj dari hospital iaitu tiga kes dari Hospital Umum Sarawak dan satu
kes dari Hospital Sibu.

"Jumlah keseluruhan kes postif Covid-19 yang telah sembuh dan discaj ialah seramai 435 kes atau 79.96 peratus," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »