BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tutup pintu kerjasama dengan DAP



KUCHING: Parti Sarawak Bersatu (PSB) masih terbuka untuk bertanding di 82 kerusi DUN pada pilihan raya negeri pada masa akan datang.

Presiden PSB Datuk Seri Wong Soon Koh berkata, sehubungan itu, PSB tidak berminat menjalin kerjasama dengan pembangkang terutama Parti Tindakan Demokratik (DAP). 

Menurutnya, PSB adalah parti Sarawak yang bebas sepenuhnya tanpa hubungan dengan pihak lain termasuk parti yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia.

"PSB masih terbuka untuk bertanding di 82 kerusi DUN jika kita mempunyai calon yang tepat.

"Dilaporkan dalam akhbar China hari ini bahawa saya telah mengatakan bahawa PSB akan bekerjasama dengan DAP untuk pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang.

"Saya ingin menjelaskan bahawa itu tidak betul. PSB adalah parti Sarawak yang bebas sepenuhnya tanpa hubungan dengan pihak lain termasuk parti-parti yang berpangkalan di Semenanjung," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini. 

Semalam, Ahli Parlimen Selangau Baru Bian dan ADUN Batu Lintang See Chee How mengesahkan menyertai PSB.

Baru, yang merupakan bekas Menteri Kerja Raya mendakwa lebih 20 daripada 31 ketua Cabang PKR Sarawak akan menyertai PSB dalam masa terdekat.

Wong Soon Koh berkata, pihaknya telah mengenal pasti calon yang akan bertanding dalam 65 kawasan DUN setakat ini.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »