BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tidak lebih 12 orang Solat Jumaat




KUCHING: Sarawak mengekalkan arahan penangguhan sementara semua aktiviti masjid dan surau di seluruh negeri Sarawak termasuk solat berjamaah (iaitu solat lima waktu, 
Solat Sunat Tarawih dan Solat Sunat Aidilfitri) sepanjang tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan.

Perkara tersebut diputuskan dalam Mesyuarat Khas Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali yang telah
bersidang pada b11 Mei lalu yang dipengerusikan
oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Sarawak sebelum ini.

Setiausaha Majlis Islam Sarawak Ustaz Khalidi Ibrahim berkata, mesyuarat tersebut juga memutuskan Solat Jumaat hanya perlu dihadiri sekurang-kurangnya empat orang dan tidak melebihi 12 jemaah lelaki pada 22 Mei.

"Mereka hendaklah dalam kalangan Pegawai Masjid
(imam, bilal & marbot) dan ahli Jawatankuasa Pengurusan
Masjid/Surau berjumaat sahaja.

" Mereka perlu mematuhi Garis Panduan Pelaksanaan Solat Jumaat Semasa PKPB yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak," katanya dalan kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya mengekal keputusan bahawa gugur tuntutan wajib mengerjakan Solat Jumaat,
sebaliknya hanya wajib menunaikan Solat Fardhu Zohor sebanyak empat
rakaat di kediaman masing-masing sama ada secara berjamaah dalam
kalangan isi rumah sahaja atau secara bersendirian sepanjang tempoh
penangguhan ini.

Menurutnhya, antara keputusan yang dibuat mengekal arahan bahawa azan masih perlu dilaungkan pada setiap waktu solat
di masjid dan surau sepanjang tempoh tersebut.

"Mengekalkan arahan hanya imam, bilal dan marbot sahaja (tidak melebihi
empat dibenarkan solat berjamaah lima waktu, solat sunat tarawih
dan solat sunat aidilfitri di masjid atau surau kecuali yang mempunyai simptom
Covid-19 (demam, batuk, kesukaran bernafas dan lain-lain).

"Ahli kariah hendaklah menunaikan solat lima waktu, solat sunat tarawih dan
solat sunat aidilfiitri di kediaman masing-masing sepanjang tempoh
penangguhan ini.

"Satu Garis Panduan Solat Sunat Aidilfitri di rumah akan dikeluarkan dalam
tempoh terdekat oleh Pejabat Imam Besar Negeri Sarawak," katanya.
Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »