BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tiada kes positif hari ke lima

KUCHING: Sarawak mencatatkan tiada kes positif COVID-19 lima hari berturut-turut sekali gus kes kekal 544 keseluruhan.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Douglas Uggas Embas berkata, secara keseluruhan kejayaan yang dikecapi adalah hasil daripada 
pematuhan semua rakyat Sarawak serta kerjasama semua pihak dalam 
mengekang COVID-19.

"Sehingga kini, geraf kes positif di Sarawak menunjukkan ianya mendatar selama lima hari berturut-turut.

"Kita berharap supaya trend ini berterusan," katanya pada sidang media harian hari ini.

Uggah berkata, seramai empat kes baharu telah sembuh dan discaj dari hospital. 

Katanya, daripada empat kes tersebut, tiga kes adalah dari Hospital Umum Sarawak dan satu kes dari Hospital Sibu.

"Jumlah keseluruhan kes postif COVID-19 yang telah sembuh dan discaj ialah seramai 435 kes atau 79.96%,

Beliau berkata, seramai 19 PUI baru dilaporkan dan seramai 19 kes masih menunggu 
keputusan makmal.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »