BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tiada kes positif baharu COVID-19 di Sarawak hari ini

KUCHING: Sarawak buat pertama kali tiada kes baharu COVID-19 dilaporkan sejak kes pertama direkodkan pada 13 Mac.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), ini menjadikan jumlah kes positif kekal sebanyak 523 setakat ini.

“Manakala 19 kes sembuh dan discaj dari hospital hari ini. Daripada 19 kes sembuh, 18 kes adalah dari Hospital Umum Sarawak (HUS) dan satu kes dari Hospital Miri. ”

“Bilangan kes orang disyaki (PUI) hari ini pula adalah sebanyak 61 kes dengan 95 kes PUI masih menunggu keputusan makmal,” kata kenyataan itu. 

JPBNS turut memaklumkan seramai 39 orang di bawah pengawasan (PUS) baru mendaftar masuk ke hotel hari ini, dengan enam telah habis menjalani tempoh kuarantin dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. 

Manakala pemantauan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). kadar pematuhan pada hari ini adalah sebanyak 97.3 peratus.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »