BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tarikh lihat anak bulan 22 Mei

KUCHING: Tarikh melihat anak bulan Syawal akan diadakan pada petang Jumaat, (22 Mei) ini..

 Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam, kenyataan berkata, 15 lokasi terpilih untuk melihat anak bulan di seluruh negara.

Majlis Raja-Raja juga bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab dengan tarikh sambutan akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam itu juga melalui radio dan televisyen.

Antara 15 lokasi dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal ketika Perintah Kawalan Pergerakan iaitu di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang;

Lokasi lain yang turut terpilih ialah Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah; Balai Besar, Kuala Terengganu, Terengganu; Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu, Kelantan; Teluk Bandung, Kuching, Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah.

Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang; Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa, Labuan; Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »