BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kenduri, majlis tahlil dan menziarahi kubur tidak dibenarkan

KUCHING: Sarawak menegaskan tidak membenarkan sebarang
sambutan terutamanya kunjung mengunjung dari rumah ke rumah,
rumah terbuka, menziarahi kubur, tahlil dan kenduri sepanjang Hari Raya dan Gawai.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Amar Douglas Uggah berkata, kerajaan negeri memberi kelonggaran kepada pekerja asing yang ingin balik ke negara masing-masing.

"Walaubagaimanapun, kerajaan negeri tidak memberi jaminan untuk
mereka dapat balik ke Sarawak," katanya pada sidang media harian COVID-19 hari ini.

Beliau berkata, JPBN dalam perbincangan dengan JKNS dan SOCSO bagi mencari
langkah-langkah yang sesuai untuk membuat saringan bagi semua
pekerja-pekerja asing dan tempatan

Dalam pada itu katanya, sebanyak 7,196 jumlah permohonan pergerakan antara 
Daerah yang telah diterima di 28 buah Ibu Pejabat Daerah PDRM seluruh 
Sarawak menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 16,167 permohonan. 

Menurutnya, daripada jumlah kumulatif tersebut, sebanyak 14,259 telah diluluskan dan 880 ditolak. 

"Manakala sebanyak 2,173 lokasi pemantauan hari ini telah dilakukan 
seperti Pasaraya (248), Restoran (370), Kilang (43), Bank (164), Pejabat 
Kerajaan (69), Pasar Tani (360), Tempat Ibadah (57), Tempat Riadah (35), 
Tapak Pembinaan (21) dan lain-lain (806).

"Sehingga hari ini sebanyak 26,603 pemberitahuan sektor ekonomi yang 
telah dibuka diterima. Daripada jumlah tersebut, 19,103 adalah melalui atas
talian dan 7,500 melalui email," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »