BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Suami maut, isteri cedera motosikal bertembung SUV


SIBU: Suami maut, isteri cedera apabila motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Quarry hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Aping Kumbong, 44, disahkan maut di lokasi kejadian, manakala isterinya, 27, cedera dihantar ke Hospital Sibu untuk menerima rawatan.

Kess disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit dalam kenyataam berkata, siasatan mendapati kemalangan itu berlaku ketika SUV bergerak dari arah Taman Indah hendak menuju ke Bukit Aup, sekitar jam 2.08 petang.

Menurutnya, ketika melalui satu selekoh di Jalan Quarry, tiba-tiba sebuah motosikal yang datang dari arah Bukit Aup telah hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan SUV dan bertembung secara berdepan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »