BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Sidang DUN Sarawak sehari esok


KUCHING:  Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berlangsung selama sehari esok.

Timbalan Ketua Menteri merangkap
Menteri Kewangan II Datuk Amar Douglas Uggah Embas akan membentangkan 
Dua Rang Undang-Undang (RUU) kerajaan.

Speaker DUN Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, RUU yang dibentangkan ialah RUU Perbekalan Tambahan (2019) dan RUU Perbekalan Tambahan (2020) itu akan dibentangkan oleh Douglas Uggah. 

"Tada sesi soal jawab memandangkan persidangan hanya sehari.

"Akan ada pernyataan oleh menteri di bawah Perintah Tetap 11 (1) (i)," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pra majlis sempena persidangan DUN di Kompleks DUN di sini, hari ini.
Asfia menambah tiada perasmian dan amanat oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dalam persidangan kali ini.

Kali terakhir persidangan DUN adalah pada 13 November 2019 dan akan bubar pada 13 Mei 2020.

Beliau berkata tiada usul akan dikemukakan termasuk usul penangguhan persidangan.

Dalam pada itu, katanya terdapat tujuh Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan serta lapan Kertas Perintah telah diserahkan kepada Setiausaha DUN.

Mengenai persidangan berlangsung ketika penularan wabak COVID19 katanya,   jika ia tidak berlangsung maka Dewan akan terbubar secara tidak sengaja dan akan diikuti dengan Pilihan Raya Negeri dalam 60 hari dari tarikh pembubarannya.

Beliau berkata, adalah lebih baik 
mengumpulkan 82 Ahli Yang Berhormat dengan jarak sosial di bangunan yang dibasmi kuman daripada beribu-ribu pengundi keluar mengundi dengan jarak sosial di bangunan yang tidak selamat di seluruh negeri.

Asfia juga menjelaskan isu persidangan DUN melalui sidang video tidak timbul.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »