BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Sidang DUN berlangsung sehari

KUCHING: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini mencipta sejarah tersendiri apabila berlangsung daripada kebiasaan baharu.

Tiada aturcara istiadat seperti kelazimannya namun, penekanan kepada langkah-langkah pencegahan yang disediakan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak bagi mengelak penularan wabak Covid-19.. 

Speaker DUN Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dalam ucapan pemasyhuran berkata persidangan kali ini diadakan dalam suasana yang cukup getir
dengan mengutamakan langkah-langkah keselamatan kesihatan pada tahap tertinggi ekoran Covid-19.

"Maka tarikh dan masa persidangan ini telah ditetapkan kepada satu hari sahaja dengan mengambil langkah-langkah keselamatan kesihatan yang optimum seperti yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia seperti penggunaan pelitup muka, cecair pembasmi kuman (hand sanitizers) dan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter," katanya.

Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, semua Menteri dan Menteri Muda, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, para doktor, jururawat, polis, tentera, Rela dan semua pihak di barisan hadapan yang telah bertungkus-lumus memastikan rakyat dalam keadaan yang selamat serta dihindari dari Covid-19.

"Semoga dengan pelbagai usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak ke arah menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat, negeri kita akan terus maju ke
hadapan di landasan yang betul dan terus selamat didiami serta aman makmur," katanya.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2020) 2020 dan RUU Perbekalan Tambahan (2019) 2020.

Kedua-dua RUU itu telah dibentangkan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dalam Mesyuarat pertama bagi penggal kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-18.|

Menteri Kewangan II Datuk Amar Douglas Uggah Embas membentangkan kedua-dua RUU serta tidak ditolak oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang hadir.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, RUU berkenaan memerlukan jumlah tambahan sebanyak RM681,491,777 untuk perbelanjaan yang tidak termasuk dalam Belanjawan Negeri 2020.

Menurutnya, RUU Perbekalan Tambahan (2019), 2020, anggaran tambahan perbelanjaan biasa kedua, 2019, merangkumi jumlah tambahan sebanyak RM299,171,014.

Jelasnya, anggaran tambahan perbelanjaan biasa kedua, 2019 jumlah peruntukan tambahan yang diperlukan adalah RM21,176,380.

Uggah turut menjelaskan RUU Perbekalan Tambahan (2020), dengan anggaran tambahan perbelanjaan biasa pertama, 2020, merangkumi jumlah tambahan sebanyak RM382,320,763.

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berlangsung sehari untuk meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2019), 2020 dan RUU Perbekalan Tambahan (2020).


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »