BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Seramai 199 penambang di Sarawak terima bantuan RM 500

KUCHING:Seramai 199 penambang yang berdaftar dengan Lembaga Sungai Sarawak(LSS) menerima bantuan secara 'one-off' berjumlah RM 500 seorang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM99,500 di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0 (BKSS 3.0).

Majlis simbolik penyerahan cek telah disempurnakan Menteri Pengangkutan Datuk Lee Kim Shin di Pengkalan Beijing,Tebingan Kuching pagi ini manakala kepada penerima di bahagian Bintulu akan diadakan di Pengkalan Penambang LSS Bintulu petang nanti.

Lee berkata, ini adalah salah satu langkah yang diambil kerajaan Sarawak bagi meringankan beban pengusaha perahu tambang sejak Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) ekoran wabak COVID-19.

"Pengusaha perahu tambang kehilangan sumber pendapatan kerana penurunan jumlah pelanggan termasuk pelancong,"katanya.

Katanya,LSS akan terus memantau keadaan dan perkembangan perkhidmatan pengangkutan air di negeri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB).

 "Kita meminta semua pihak yang berkenaan terutama pengusaha pengangkutan sungai dan pengguna pengangkutan sungai untuk memberikan sokongan dan kerjasama sepenuhnya dalam usaha kerajaan memutuskan rantaian COVID-19.

"Kita mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Sarawak dibawah pimpinan Ketua Menteri,Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memahami keadaan yang dihadapi penambang pada masa ini,"ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »