BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Sembunyi pil kuda dalam kandang lembu


Gambar Hiasan



TANAH MERAH, 15 Mei (Bernama) -- Polis merampas pil kuda dan syabu bernilai RM68,700 dalam dua serbuan berasingan di Tanah Merah semalam selepas menahan dua suspek berumur 42 dan 33 tahun.

Ketua Polis Tanah Merah DSP Zainuddin Mat Yusof berkata serbuan pertama dilakukan oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah di Kampung Bechah Pleting di sini pada pukul 7 malam.

"Dalam serbuan itu pihak kami menemui 4,000 biji pil kuda bernilai RM60,000 yang disembunyikan di sebuah kandang lembu dipercayai milik suspek berusia 42 tahun.

"Serbuan itu dilakukan hasil maklumat awam berkaitan aktiviti dadah dan suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah. Bekalan dadah itu dipercayai untuk diedarkan di sekitar daerah ini," katanya di sini, hari ini.

Zainuddin berkata serbuan kedua dilakukan di tepi jalan berdekatan Kampung Padang Siam pada 4.30 petang semalam hasil maklumat awam diperoleh pihaknya.

"Dalam serbuan itu kami menahan suspek berumur 33 tahun yang sedang menunggang motosikal miliknya berdekatan kampung terbabit," katanya.

"Hasil pemeriksaan ke atas tubuh badan suspek yang positif dadah, pihak kami menemui 50 gram syabu bernilai RM8,700, dipercayai untuk diedarkan di beberapa kawasan di daerah ini. Kedua-dua kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 ," katanya.
-- BERNAMA
Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »