BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Sembilan ditangkap cuba menyelam

MIRI, 31 Mei – Maritim Malaysia, Zon Maritim Miri telah menahan sebuah bot yang disyaki melakukan aktiviti rekreasi menyelam di perairan Miri harini. 

Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten (M) Md. Fauzi bin Othman berkata, “Sebuah bot dikesan menjalankan aktiviti rekreasi menyelam pada jarak lebih kurang 12.7 batu nautika dari perairan miri oleh bot ronda Maritim Malaysia. 

“Hasil pemeriksaan mendapati bahawa mereka gagal mengemukakan surat
kebenaran untuk melakukan aktiviti rekreasi menyelam tersebut. Kesemua 9 individu dibawa ke balai polis untuk dikenakan kompaun di bawah Akta Pencegahan dan  Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana ingkar arahan Perintah  Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). ” tambahnya lagi. 

Maritim Malaysia mengingatkan agar kesemua komuniti maritim terutama pada
pengusaha bot yang menjalankan aktiviti rekreasi seperti bot pemancing dan
menyelam agar mematuhi dan mengikuti arahan PKPB yang sedang dilaksanakan.

Pematuhan ini masih berkuatkuasa sepanjang PKPB dan semua aktiviti berkaitan pelancongan dan rekreasi hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari jabatan  berkaitan. 

Amaran keras dan juga tindakan tegas akan diambil kepada individu yang 
mengingkari arahan tersebut. Kerjasama daripada masyarakat terutamanya komuniti maritim dalam memberikan maklumat amat dialu-alukan bagi membantu Maritim  Malaysia dalam membanteras jenayah di laut. 

Oleh itu, untuk sebarang aduan dan  
maklum balas, orang awam bolehlah menghubungi terus ke Pusat Operasi Zon
Maritim Miri ditalian 085-418204 atau Pusat Operasi Ibu Pejabat Maritim Negeri
Sarawak ditalian 082-432544.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »