BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Sembahyang secara Live streaming


KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri telah memutuskan pihak gereja akan meneruskan upacara sembahyang mereka secara maya (live streaming ) seperti melalui facebook ataupun Youtube.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Douglas Uggah berkata, jumlah krew bagi acara berkenaan adalah pada tahap yangg minima iaitu 10 orang atau kurang.

"Pada ketika ini, UNIFOR bersama pihak Ketua-Ketua Agama Lain (bukan Islam) sedang merangka SOP rumah2 ibadat agama2 lain untuk diguna pakai selepas berakhirnya PKPB ataupun selepas dibenarkan oleh pihak kerajaan," katanya pada sidang media harian COVID-19 hari ini.

Dalam pada itu Uggah berkata, jawatankuasa telah menyelaras kepulangan pelajar yang balik dari Semenanjung, Sabah dan Labuan seramai 7,446 pelajar sehingga hari ini.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »