BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Saringan prihatin PERKESO hanya melalui janji temu


KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Ujian saringan menerusi Program Saringan Prihatin (PSP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) hanya akan dilaksanakan melalui janji temu yang ditetapkan dengan penyedia perkhidmatan, berkuat kuasa serta-merta.

Menurut catatan di Facebook rasmi Perkeso, ini berikutan sambutan yang amat menggalakkan daripada majikan dan pekerja sehingga mengakibatkan kesesakan di lokasi saringan sekali gus dikhuatiri akan melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan, terutamanya dalam pelaksanaan jarak sosial.

“Sehingga kini, lebih 300,000 pekerja telah berdaftar untuk program saringan tersebut. 
Daripada jumlah tersebut, lebih 50,000 pekerja telah menjalani ujian saringan.

“Para pekerja dan majikan boleh merujuk kepada Portal PSP PERKESO https://psp.perkeso.gov.my untuk mendapatkan maklumat berhubung penyedia perkhidmatan serta janji temu bagi ujian saringan,” menurut catatan itu.

PSP Perkeso merupakan program ujian saringan COVID-19 secara percuma kepada pekerja termasuk pekerja asing yang berdaftar dengan Perkeso di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) bagi syarikat yang dibenarkan beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tertakluk kepada garis panduan yang disediakan bermula 27 April lepas.
-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »