BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Sarawak tubuh jawatankuasa hadapi gelombang kedua Covid-19

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri merangka strategi bagi menghadapi gelombang kedua COVID-19 di Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi JPBN, Datuk Douglas Uggah berkata, rakyat Sarawak sendiri mempunyai peranan yang besar untuk menentukan gelombang kedua tidak berlaku di Sarawak seperti mana yang berlaku di Jepun dan Singapura.

Menurutnya, Jawatankuasa Bertindak Pengawalan dan Pencegahan yang diketuai oleh Prof. Datu Dr. Andrew Kiyu dari Fakulti Perubatan UNIMAS membuat beberapa langkah persiapan menghadapi gelombang kedua COVID-19.
 
"Laporan ini telah memberi contoh keadaan dan scenario penularan COVID-19 di beberapa buah negara apabila berlaku gelombang ke-2," katanya dalam sidang media harian COVID-19 hari ini.

Uggah berkata, Sarawak mempelajari apa yang berlaku di Hokkaido dan Singapura melibatkan gelombang kedua dimana berlakunya peningkatan kes COVID-19 .

"Seperti di Hokkaido, Jepun, pada 28 Januari 2020, kes pertama telah dilaporkan. Sebulan selepas itu, mereka telah mengeluarkan perintah 
kecemasan dimana 66 kes dilaporkan.

"Setelah ekonomi dibuka pada 16 Mac, 
18 kes sehari dilaporkan. Kes ini meningkat 279 pada 14 April dan Kerajaan menguatkuasakan perintah kecemasan kedua. Kes di Hokkaido terus 
meningkat sebanyak 984 pada 15 Mei.

"Manakala di Singapura pula, lebih kurang 2 bulan yang lalu, Singapura telah disanjung sebagai sebuah negara yang berjaya memerangi wabak COVID-19.

"Bagaimanapun gelombang ke-2 juga berlaku di Singapura dimana kes positif telah meningkat dari 266 pada 17 Mac kepada 28,800 pada 19 Mei.

Ini menjadikan Singapura antara negara tertinggi yang merekodkan kes COVID-19 di Asia Tenggara," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »