BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Sarawak rekodkan "Kosong" kes baharu


KUCHING: Sarawak hari ini merekodkan tiada kes baharu positif COVID-19 dilaporkan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Douglas Uggah berkata, keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak setakat hari ini kekal sebanyak 552 kes. 

"Dimaklumkan juga bahawa terdapat tujuh (7) kes baru yang telah sembuh
dan discaj dari hospital dilaporkan pada hari ini.

"Kesemua (7) kes telah sembuh dan discaj tersebut adalah dari Hospital Umum Sarawak," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Uggah berkata, setakat hari ini, jumlah keseluruhan kes postif COVID-19 yang telah sembuh dan discaj ialah seramai 508 orang atau 92.03%.
Menurutnya, seramai 80 PUI baru dilaporkan dan seramai 22 kes masih menunggu ujian makmal.

"Manakala 339 sampel yang telah diambil di Belawai, Tanjung Manis semalam 242 daripadanya adalah negatif dan 97 masih menunggu ujian sampel darah," katanya,

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »