BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Sarawak kaji teliti cadangan buka akiviti ekonomi

KUCHING: Sarawak sedang mengkaji dan menimbang dengan teliti mengenai cadangan membuka akiviti ekonomi secara terkawal.

Timbalan Ketua Menteri Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Amar Douglas Uggah berkata, Kerajaan Sarawak akan menentukan apakah SOP yang sesuai dilaksanakan  mengikut keadaan di Sarawak.

Menurutnya, Sarawak juga perlu mengambilkira isu ekonomi dan kesihatan.

"Kerajaan Negeri Sarawak menghormati keputusan yang telah 
dikeluarkan oleh YAB Perdana Menteri yang membuka aktiviti ekonomi 
secara terkawal," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dalam perutusan khas sempena Hari Pekerja berkata, kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membolehkan sebahagian sektor ekonomi dan sosial dibuka semula.

Menurutnya, dalam masa yang sama Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) terus dilaksanakan di kawasan zon merah.

"Dalam melaksanakan PKPB ini, aktiviti dan perhimpunan ramai yang mendedahkan risiko jangkitan COVID-19 masih tidak dibenarkan," katanya dalam perutusan khas sempena Hari Pekerja hari ini.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »