BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Sarawak jangan lupa tuntutan royalti 20%

KUCHING: Keadilan Sarawak menggesa Kerajaan Sarawak tidak  mengetepikan tuntutan 20% royalti dari hasil minyak yang diperolehi oleh PETRONAS di kawasan perairan laut Sarawak. 

Pengerusi MPN KEADILAN Negeri Sarawak, Larry Sng Wei Shien berkata, sehubungan itu, kerajaan harus mendedahkan tuntutan di bawah Perintah 2018 (Order 2018) kepada rakyat Sarawak supaya rakyat mengetahui hak-hak mereka yang termaktub di dalam undang undang. 

"Keadilan Sarawak juga dengan tegas menggesa agar Perjanjian Penyelesaian antara Kerajaan Sarawak dan PETRONAS di Mahkamah didedahkan terutamanya kepada rakyat Sarawak dengan kadar segera setelah ianya dimuktamatkan.

"Memandangkan Persetujuan Penyelesaian asal (original) juga belum didedahkan kepada umum maka semua kenyataan respon KEADILAN Sarawak tertakluk kepada terma terma asal yang terdapat di dalam Perjanjian Penyelesaian antara Kerajaan Sarawak dan PETRONAS tersebut," katanya dalam kenyataan media.

Sebelum ini, PETRONAS  bersetuju membayar RM2 bilion kepada kerajaan negeri Sarawak sekali gus berakhirnya konflik di antara kerajaan negeri Sarawak dan PETRONAS.

Ia sebagai bayaran tuntutan ke atas produk petroleum bagi tahun 2019 iaitu pada kadar lima peratus daripada nilai jualan produk tersebut.

Larry berkata, tidak banyak kemajuan dalam tuntutan Keajaan Sarawak terhadap Petroinas berkenaan Akta Kemajuan Petrleum 1974 (PDA74) Butir-Butir Perjanjian Penyelesaian asal baharu didedahkan.

Menurutnya, Keadilan telah mengambil maklum tentang berita Kerajaan Sarawak dan PETRONAS telah mencapai persetujuan rundingan di mana PETRONAS akan membayar hanya RM2 Bullion kepada Sarawak berbanding RM6.7 Billion yang  dituntut di dalam tunutan mereka di Mahkamah Tinggi Kuching.


Asas lain tuntutan Kerajaan Sarawak di dalam Writ of Summons dan Pernyataan Tuntutan mereka bagi pihak rakyat Sarawak adalah Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Pezro/eum Development Act 1974) (PDA74) sama ada tidak sah dan terbatal (null  and void) dan tidak memberi kesan.

Setelah kes berjalan hingga ke Mahkamah Rayuan. Kerajaan Sarawak dan PETRONAS telah mendedahkan bahawa mereka telah mencapai Persetujuan Rundingan. 

Menurutnya, anara lain keputusan dalam persetujuan rundingan secara ringkas PETRONAS masih diiktiraf sebagai syarikat minyak Negara yang mempunyai kuasa penuh dalam mengawal selia seluruh pembangunan industry minyak dan gas di Negara ini,

Selian itu katanya, Kerajaan Sarawak dikatakan telah menarik balik semua tuntutan tuntutan 
dan PETRONAS di dalam kes Mahkamah tersebut. 


Katanya, PETRONAS hanya akan membayar RM2 bBillion kepada Kerajaan Sarawak berbanding RM6.7 Billion yang dituntut di dalam pernyataan tuntutan mereka di Mahkamah Tinggi Kuching. 

"Kerajaan Sarawak metalui Kenyataan Bersama Media dengan PETRONAS bertarikh 8 Mei 2020, juga menyebut bahawa cukai yang akan dibayar kepada Sarawak adalah berdasarkan State Sale Tax (Taxable Goods and Rate of Tax)(Amendment) (No. 2) Order 2018 (Order 2018)," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »