BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Sarawak belum buka Kompleks Sukan

ASAJAYA: Kerajaan Sarawak tidak terburu-buru untuk membuka mana mana Kompleks Sukan buat masa ini kerana masih terikat dengan arahan yang diberi oleh Kerajaan Pusat. 

Ini dinyatakan oleh Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah selepas kerajaan negeri Sabah membuat keputusan untuk membuka hampir semua kemudahan kompleks sukan dan asrama negeri pada 18 Mei ini di bawah pengurusan Lembaga Sukan Sabah.

Abdul Karim berkata, bagi orang awam yang hendak beriadah mereka mestilah mematuhi dan mengikuti kaedah- kaedah yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa seperti melakukannya di kawasan lapang serta tidak melibatkan mana-mana sukan yang tertentu kerana penjarakan sosial adalah penting dalam membendung penularan virus COVID-19.

Menurutnya,sukan-sukan seperti bola sepak, berenang atau aktiviti dalam dewan dan gymnasium memang masih tidak dibenarkan.

"Kita mesti akur dengan kaedah-kaedah yang telah diperhalusi oleh pihak atasan yang mana kita telah terima pakai untuk Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Asajaya berkata, keadaan itu tidak mencacatkan persediaan atlet- atlet Sarawak yang akan berentap di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 yang telah ditunda ke tahun hadapan kerana mereka tetap menjalani latihan di tempat masing -masing demi menjaga serta mengekalkan tahap kecergasan sedia ada.

"Setakat ini, hanya kelab-kelab golf sahaja yang telah beroperasi semula di Sarawak dan masih banyak kompleks sukan yang digunakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) seperti Kompleks Belia dan Sukan Sarawak di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Arena Boling Padang Sarawak di Petra Jaya, Stadium Tertutup Miri,"uiarnya.

Menurutnya lagi,beberapa dewan suarah di negeri ini turut digunakan juga sebagai pusat penerimaan pelajar pelajar Intitut Pengajian Tinggi (IPT) dari Semenanjung, Sabah dan Labuan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berlangsung.

"Pihak Kementerian Belia dan Sukan Sarawak telah menunda atau membatalkan pelbagai program serta aktiviti sukan yang telah dijadual sebelum ini memandang arahan dari pihak KKM dan JPBN yang tidak membenarkan orang awam berkumpul demi menjamin perjarakan sosial diamalkan setiap masa,"jelasnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »