BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Samarahan berstatus hijau

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Bahagian Samarahan kini diisytiharkan sebagai zon hijau selepas 14 hari tidak merekodkan sebarang kes positif

Menurutnya, daerah berstatus Zon Hijau meningkat menjadi 35 daerah setakat ini.

Katanya, lima daerah berstatus kuning iaitu Kuching, Tebedu, Lundu, Sibu dan Serian.

Beliau berkata, Sarawak hari ini mencatatkan tiada kes positif Covid-19 hari ini yang menjadikannya tujuh hari berturut-turut.

"Jumlah kes positif Covid-19 di Sarawak kekal 544 kes manakala dua lagi kes sembuh dan discaj dari hospital,” katanya pada sidang median harian COVID-19 hari ini.

Uggajh berkata, jumlah keseluruhan kes postif Covid-19 yang sembuh dan discaj ialah 439 kes atau 80.70 peratus.

“Setakat ini, seramai 41 individu di bawah siasatan (PUI) baharu dilaporkan dan 32 lagi masih menunggu ujian makmal," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »