BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Salah tanggapan gara-gara salah ejaan

KUALA LUMPUR, 15 Mei --Sila Pakai Tepung Muka, begitulah arahan yang tertera pada papan tanda di luar sebuah kedai, yakni secara harafiah meminta agar semua pelanggannya memakai bedak atau tepung di muka masing-masing.

Di bawah ayat itu terdapat pula perkataan MASK.

Sekarang baru anda faham. Kedai itu sebenarnya meminta pelanggannya memakai penutup hidung dan mulut, satu prosedur operasi standard di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan pandemik COVID-19.

Papan tanda itu sepatutnya berbunyi: Sila Pakai Topeng Muka.

Ia menunjukkan terdapat salah ejaan di pihak penulis mesej itu antara perkataan tepung dan topeng. Media pula menggunakan perkataan pelitup muka.

Gambar papan tanda itu telah dimuat naik di media sosial dan sudah tentu meraih perhatian ramai.

Antara netizen yang tajam penglihatannya ialah Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, pengasas Mercy Malaysia dan penasihat khas mengenai kesihatan awam kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Ermmm … saya rasa @DGHisham belum lagi rekomen menggunakan tepung muka,” demikian ciapan Twitter beliau yang diiringi bersama beberapa emoji dalam komen berbentuk humor.

DGHisham ialah Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah, yang memberikan kemas kini harian mengenai perjuangan menentang COVID-19 di negara ini.

Seorang lain netizen menyatakan: “Putihlah semua muka pelanggan dia … 

Gambar dan komen terbabit terdapat di bawah topik #NetizenPower dalam laporan harian Bilik Gerakan Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengenai COVID-19 bagi 14 Mei.

-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »