BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Rumah PPRT terbakar di Kampung Muara Tuang

KOTA SAMARAHAN:Sebuah rumah Program Pembangunan Rakyat Termiskin(PPRT) di Kampung Muara Tuang, di sini, terbakar, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu  jam 11.51 pagi.

"Kebakaran melibatkan sebuah rumah berstruktur kekal berkeluasan 20x30 kaki persegi telah terbakar 70 peratus,"katanya di sini hari ini.

Katanya, api berjaya dipadam sepenuhnya dan operasi ditamatkan  pada jam 12.34 tengah hari.

"Kebakaran tiada melibatkan sebarang kecederaan,"uiarnya.

Beliau berkata,Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Kota Samarahan dan BBP Tabuan Jaya telah digerakkan ke lokasi kejadian.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »